Alamak Ramai Tak Setuju Ideologi Jenama Arak Timah Seperti Minum ‘Wanita Melayu’? - “Habis Tu Kalau Tongkat Ali…”

Hanafis Haris
Oktober 29, 2021 00:55 MYT

Jenama sebuah syarikat pengeluar arak iaitu Timah sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila perkara itu dibincangkan di Dewan Rakyat, semalam.

Difahamkan, perbincangan itu tercetus apabila Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Rusnah Aluai menganggap penggunaan nama Timah pada arak itu sangat mengelirukan.

Tidak cukup dengan itu, penggunaan nama itu juga dibayangkan seperti ‘meminum’ wanita Melayu.

“Ia merupakan satu perkara tak bagus untuk wanita sebab dibayangkan Timah itu wanita Melayu seperti Mak Timah, Makcik Timah.

“Apabila kita minum wiski itu seolah kita ‘minum’ wanita Melayu,” katanya.

Rusnah berkata berkata demikian di Dewan Rakyat ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021.

Susulan daripada kenyataan tersebut, isu berkenaan terus menjadi topik ‘panas’ dalam kalangan netizen.

Walau bagaimanapun, rata-rata mereka menyifatkan perumpamaan itu agak keterlaluan dan tidak berasas.

Ada yang berpendapat timah mungkin boleh dianggap sebagai biji timah, malah tidak kurang juga yang memberi ideologi perbandingan Tongkat Ali.

Jelas mereka, adakah kita seperti meminum ‘tongkat’ seseorang bernama Ali jika mengambil Tongkat Ali.

“Jadi minum Tongkat Ali umpama minum Ali punya tongkat ke”.

“YB, bila kami minta perjuangkan hak wanita, tapi bukan ini ya”.

“Timah tu bukan ke merujuk kepada biji timah ke?,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, syarikat pengeluar arak Timah sebelum ini pernah menjelaskan nama jenama itu merujuk kepada logam timah.

Malah, nama itu bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.

Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.

#wanita #Melayu #Timah