,
Hiburan

"Alamak! Saya Bukanlah Orang Yang Terbaik...." - Kes Cerai Melibatkan Selebriti, Ini Komen Siti Nurhaliza

Kamaruddin Razal
23/06/2019
07:14 MYT
Radar dunia hiburan minggu lalu dikecohkan dengan kes perceraian melibatkan beberapa selebriti.
Ia hangat diperkatakan sehingga ada sesetengah netizen yang melabelkan musim cerai untuk golongan artis sudah pun bermula.
Ketika bertemu dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pihak media meminta dirinya mengulas dan memberikan reaksi mengenai situasi yang terjadi kepada rakan-rakan selebriti.
Menjawab persoalan terbabit, Siti mengakui dirinya bukanlah individu yang terbaik untuk memberikan pandangan atau komentar mengenai isu terbabit.
"Alamak! Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan pandangan atau nasihat mengenai isu ini. Saya sendiri pun masih melalui perjalanan hidup dan kita semua memanglah berkahwin bukan untuk bercerai.
"Kalau boleh, sebelum berkahwin kita mengenali pasangan, menerima kelebihan dan kekurangan dia, itu yang penting.
"Tujuan kita berkahwin selain daripada nak menghalalkan, membuat masjid, ikatan suami isteri tu... Kita kena menerima pasangan kita baik dan buruk.. Seikhlasnya dan sejujurnya.
"Kita tak sempurna... Apa yang kita ada sekarang ini pun hanya pinjaman Allah... Jadi, kalau kita jujur dengan ikatan perkahwinan itu, insya-Allah sampai bila-bila pun kita boleh kekal. Keimanan tu kena tinggi," jawab Siti.
BACA: Siti Nurhaliza Ingin Tambah Anak Sebelum Usia 43 Tahun
Siti juga diminta mengulas mengenai isu yang terjadi kepada sesetengah individu yang seakan gemar membuka aib pasangan masing-masing di laman sosial.
"Sebenarnya semuanya di tangan kita, kita nak jadikan ia macam mana. Sama ada peribadi kita ini dipertontonkan oleh orang atau pun tidak, semua terletak pada diri kita kan.
"Jadi, sebaiknya kalau aib ke, apa ke... Baik kita jaga dan simpankan. Supaya nanti di sana tu segala-galanya tertutup, tidaklah di pertontonkan oleh orang. Tepuk dada tanya iman," kata Siti lagi.
Terdahulu, Siti ditemui di Majlis Perjumpaan Hari Raya Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Sitizone di The Pearl, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Siti meraikan sambutan Aidilfitri bersama peminat setianya serta sempat menyampaikan beberapa buah lagu iaitu Nazam Lebaran, Sesuci Lebaran, Anta Permana serta single terbarunya yang berjudul Ikhlas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.