Pelakon Datuk Aaron Aziz sekali lagi membuatkan ramai netizen keresahan apabila memuat naik gambar tangan anaknya yang seakan melecur.

Gambar berkenaan memaparkan tangan yang luka hingga menampakkan isi daging.

Walaubagaimanapun selepas diselidik semua itu rupanya bukanlah 'real' seperti disangka.

Menerusi kapsyen di Instagramnya, Arron mendedahkan ia adalah 'hasil kerja' anak perempuannya, Dahlia Arissa, 9.

"Aduh Allah saja yang tahu betapa tak sakitnya tangan melecur oleh @dahliaarissaaaron.

"Saya mengalu alukan pihak produksi mana mana yg sudi ambik perkhidmatan puteri saya sebagai Special Effects Artist.

"Boleh contact manager dia which is me," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dilihat terpedaya dengan gambar berkenaan.

Kebanyakan mereka menganggap gambar tersebut kelihatan sungguh realistik.

Terdahulu, foto Dahlia yang kelihatan seperti cedera parah telah mengejutkan peminat serta pengikut akaun Instagram miliknya.

Namun, pelakon berasal dari Singapura itu menjelaskan ia hanya kesan solekan semata-mata.

BACA: “Gambar Pertama Buat Handphone Saya Nak Terjatuh!”- Netizen Terkejut Melihat Anak Aaron Aziz Selepas...

Aduh ALLAH saja yg tahu betapa tak sakit nya tangan melecur oleh @dahliaarissaaaron Saya mengalu alukan pihak produksi mana mana yg sudi ambik perkhidmatan puteri saya sebagai Special Effects Artist. Boleh contact manager dia which is me haha. #Abgkagumdgnskillanak #Abgnakdiabuatsatubadanlepasni #AbgnaksuruhdiabuatmukaAbgmcmZombie #Abgbangga #Abggalakkan #BukanAbg-Galak-gerakkhasye

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on