Hiburan

Alamak…Kantoi Parti Di Bulan Ramadan,Macam Mana Tu?

gempak
Miss K
30/05/2019
11:25 MYT
Sponsor Banner
Alamak…Kantoi Parti Di Bulan Ramadan,Macam Mana Tu?
Alamak! Risau pula Miss K takut juga pahala puasa menipis seperti kulit bawang di bulan Ramadan ni!
Beberapa hari lepas, sedang Miss K tekun shopping online membeli baju raya, ada pula teman Miss K menghantar link seorang individu yang berkongsi gambar, video serta mengkritik tindakan bekas isterinya yang didakwa berparti di bulan Ramadan ini.
Miss K bukanlah mahu menilai dosa pahala seseorang, itu semua kerja Tuhan, tapi mulut Miss K tak tertahan nak membawang!
Terkejut Miss K bila lihat wajah bekas isterinya itu mirip seorang wanita yang agak dikenali di Kuala Lumpur ini! Tapi Miss K cuba husnudzon lah...
Lelaki tersebut berasa risau dengan keadaan anaknya ketika melihat bekas isterinya berparti, difahamkan, anak mereka berada di bawah jagaan bekas isterinya itu. Perkara itu juga mengundang perhatian ramai di akaun media sosialnya.
Miss K pun tak berani nak cakap lebih, tapi ada teman Miss K cakap, parti itu diadakan sempena hari jadinya, dan beberapa hari selepas majlis tahlil buat pemergian salah seorang ahli keluarga wanita itu.
Apa-apa pun, Miss K harap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik, kita sebagai manusia biasa tak berhak nak menilai atau menghukum, sama-samalah kita perbaiki diri menuju ke jalan keberkatan di bulan Ramadan ini ya!
Miss K : Buffet Ramadan paling mahal berapa ya? Miss K nak pergi ni!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live