Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alami Anxiety Semasa PKP, Zizan Mengaku 2 Tahun Blur & Jadi Segan Naik Pentas

Maliah Surip
19/03/2023 04:55 MYT
Saat dunia dilanda Covid 19 sekitar dua tahun lalu, tidak sedikit manusia yang terkesan dengan impak daripada virus yang berasal daripada China ini.

Dalam jutaan rakyat Malaysia yang terkesan dengan virus tersebut, salah seorannya adalah komedian dan aktor terkenal, Zizan Razak.

Menurut Zizan, dirinya telah diserang Anxiety sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini pengakuan pertamanya kepada media.

“Saya diserang Anxiety. Saya taknak keluar rumah dan hanya duduk dalam bilik. Memang rasa sangat tertekan,” akui Zizan kepada Gempak.

Tambahnya, dua tahun dunia dilanda Covid 19 dan dengan beberapa fasa yang telah dilalui termasuk PKP telah merubah banyak kehidupannya kini.

“Saya terasa macam ditampar dan terduduk apabila dunia diserang Covid 19. Saya fikir sampai bila benda seperti ini akan terjadi. Tapi kihmahnya, apabila Covid 19 terjadi, ia buat saya sentiasa beringat, sayang jangan terlalu sayang benci jangan terlalu benci, macam kata Rasulullah, berhenti sebelum kenyang,” katanya penuh makna.

Malah saat negara kini semakin pulih daripada virus yang telah membunuh jutaan nyawa ini, bintang filem Polis Evo 3 tersebut mengaku dia masih menyesuaikan diri dengan keadaan yang kembali normal.

Ini termasuklah bagaimana dia menyesuaikan diri untuk kembali menghiburkan khalayak dengan statusnya sebagai komedian dan tanggungjawabnya menjadi pelakon.

“Dua tahun saya blur, naik stage sekarang pun segan-segan. Bila nak kembali berlakon pula, saya kena baca skrip betul-betul dan perlu mempersiapkan diri untuk masuk balik ke dalam kerjaya dengan sebaiknya.

“Sebab sejujurnya saya memang terkesan dengan Covid 19. Cuma selama ini saya tidak kongsikan kerana percaya bukan saya seorang yang mengalami masalah Anxiety atau rasa seperti ini (takut),” katanya lagi.

Untuk rekod, Zizan juga sempat dijangkiti Covid 19 dan pernah diserang Influenza A.
#Zizan Razak #Zizan #Zizan anxiety #Zizan influenza #Zizan PKP
;