VIRAL
Alami Depresi Ketika Masih Bergelar Isteri, Cik Epal Pernah Terfikir Untuk Akhiri Hidup - “Sebab Mental Aku Dah Penat”
Pempengaruh media sosial, Cik Epal mengakui dia pernah mengalami masalah depresi ketika dalam perkahwinan dengan bekas suaminya, Jofliam.
Alami depresi
Menerusi perkongsian di Instastory, Cik Epal berkata dia juga hanya akan ‘muncul’ di laman sosial apabila sedang bercuti sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal ‘Video Call’ Dengan Anak, Bukti Han & Yuki Tak Alami Trauma Seperti Didakwa Jofliam - “Yang Kau Bagi Betina Hamak Punya…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tahu Suara Saya Biasa-Biasa Sahaja” - Cik Epal
ARTIKEL BERKAITAN: Masih ‘Single & Available’, Cik Epal Malas Fikir Soal Cinta - “Ikutkan Dari Awal Saya Cakap Dah Cerai, Ada Yang Mencuba”
“Masa aku dalam perkahwinan, memang aku pernah terfikir nak buat (tamatkan riwayat hidup). Aku akan muncul (di media sosial) waktu bercuti saja dan pernah juga masa aku ‘travel’ pon aku terfikir untuk tamatkan hidup aku.
“Sebab mental aku dah penat, aku pernah terfikir nak terjun bangunan masa aku ‘travel’. Waktu aku di rumah memang aku tak main media sosial sangat, sebab aku ‘depressed’.
“Bila aku bujang ini, aku aktif semula sebab hari-hari aku ada aktiviti,” kongsi Cik Epal.
Cik Epal berkongsi perkara tersebut selepas seorang individu bermimpi dirinya sedang melakukan cubaan untuk membunuh diri.
Lelaki tenang
Pada perkongsian lain, Cik Epal memberitahu dia hanya akan berkahwin lagi jika bertemu dengan seorang yang memberi ketenangan kepada dirinya.
“Sebab itu banyak kali aku tulis kalau ada rezeki untuk berkahwin lagi, aku dah tak nak cari lelaki yang senang atau menang.
“Aku nak lelaki yang tenang. Kalau tak jumpa yang menenangkan, aku okay ja hidup ‘single’ sampai mati. Aku lalui saja apa yang Allah dah takdirkan untuk aku,” ujarnya.
Sekadar info, Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum rumah tangganya mula bergolak selepas bekas suaminya, Jofliam didakwa berlaku curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukan perusahaan pizzanya.
Mereka kemudiannya berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.
Must-Watch Video