Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alami Gejala Ringan, Hugh Jackman Positif COVID 19

Maliah Surip
30/12/2021 02:45 MYT
Pesohor Hugh Jackman mengumumkan dirinya telah dijangkiti COVID 19.

Menerusi pengumuman yang disampaikan menerusi Twitter, Jackman mengatakan dia mengalami simptom ringan termasuk tidak selesa pada bahagian tekak dan selesema.

Reuters melaporkan produksi teater Broadway The Music Man telah dihentikan buat sementara waktu.

Bintang filem The Wolvorine itu dijangkiti COVID 19 seminggu selepas rakan pelakonnya, Sutton Foster positif dengan virus yang sama. Foster bagaimanapun dilaporkan akan kembali ke pentas pada 2 Januari, manakala Jackman pada 6 Januari 2022.

The Music Man saat ini yang dalam fasa previu menjadi teater dengan jualan tiket paling laris dan dijangka memulakan pertunjukan pada 10 Februari mendatang.

Selain The Music Man, beberapa brodway termasuk Aladdin, The Lion King dan Hamilton juga telah ditunda pementasannya sejak lebih dua minggu lalu selepas virus yang berasal dari Wuhan, China itu kembali mengganas di New York.

Untuk rekod, dunia pementasan turut terkesan dengan virus COVID 19 dan baru kembali dibenarkan beroperasi pada September lalu selepas lebih 18 bulan ditutup kerana pandemik yang melanda dunia.

Kredit Foto: The News.com

#Teater #Music #“COVID #19” #“Hugh #“The #Jackman” #Man”
;