Bekas kekasih Kourtney Kardashian, Scott Disick mendedahkan dia mengalami gejala cepat letih sejak akhir-akhir ini yang mirip simptom COVID-19.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian darah, dia sebenarnya disahkan kekurangan hormon testosteron dalam tubuh.

"Sejak akhir-akhir ini saya tidak bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti. Saya juga susah bangun tidur.

"Saya tidak berdaya untuk memandu dengan anak-anak. Sama ada saya sudah tua atau mungkin kurang stamina.

"Selepas membuat ujian darah, saya dimaklumkan secara klinikalnya, saya kurang hormon testosteron," katanya ketika rancangan Keeping Up with the Kardashians.

Jelas Scott, hidupnya menjadi tunggang langgang selepas kehilangan kedua-dua orang tuanya hingga menyebabkannya menjadi kaki botol dan kerap berparti.

Justeru, dia dinasihati oleh doktor yang merawatnya untuk menjaga diet dan mengambil makanan tambahan.

"Doktor mencadangkan saya bertemu dengan pakar nutrisi dan menukar diet harian saya," katanya.