Penyanyi Nick Jonas telah mengalami kecederaan selepas mengalami kecelakaan sewaktu menjalani penggambaran program terbaharunya pada Sabtu lalu.

Berita itu disampaikan secara langsung oleh sumber kepada portal TMZ. Menurut laporan tersebut, Nick telah mengalami kecederaan sehingga dikejarkan ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans.

Bagaimanapun, sumber tersebut tidak memberitahu kecelakaan apa yang telah dialami suami Priyanka Chopra itu di set penggambaran.

Malah sumber sama tidak mendedahkan nama program yang sedang dijalani Jonas sewaktu dia ditimpa musibah itu.

Namun saat ini Nick telah pun keluar dari hospital dan menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang juri The Voice, semalam.

Sementara itu diketahui Nick keseorangan di Los Angeles sementara isterinya berada di London. Kedua dua mereka sibuk dengan projek kerja masing masing, termasuk Nick yang baru melancarkan albumnya, Spaceman.

Pada tahun 2018, Nick pernah mengalami kecederaan serius pada tangannya selepas melakukan senaman di Mexico.

Dia juga mengaku menderita penyakit diabetes tahap 1 dalam Instagramnya tidak lama dulu.

Instagram: @nickjonas