Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alami Keracunan Makanan, Che Ta Dimasukkan Ke Hospital - "Dah 10 Tahun Tak Masuk Hospital, Kali Terakhir Ketika ..."

Ernalisa
22/10/2024 02:25 MYT
Pelakon jelita Rozita Che Wan dimasukkan ke hospital petang Isnin disyaki akibat keracunan makanan.


BERITA BERKAITAN:Zain Saidin Tak Risau Aaisyah Suka Bersolek, Anggap Bersiap Bukan Satu Masalah - “Dia Dalam Fasa Membesar…”

BERITA BERKAITAN:Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah

​BERITA BERKAITAN:Azah Aziz: Kahwin dengan Mat Saleh supaya tak bermadu? | Singgah Set

​BERITA BERKAITAN:“Perkara Ini Akan Dimuktamadkan Secara Baik” - Peguam Fattah Amin

Che Ta memberitahu Gempak, dia mula mengalami muntah-muntah dan cirit-birit sejak malam kelmarin akibat salah makan.

“Rasanya salah makan. Malam tu kami makan burger, lepas tu rasa perut tak sedap… muntah-muntah.


“Lepas itu dah makan ubat, cirit-birit. Lepas pergi klinik tak tahan, pergi hospital terus kena tahan,” kata Che Ta ringkas.

Disebabkan itu, beberapa jadual penggambaran yang sepatutnya dilakukan hari ini juga terpaksa dibatalkan.

“Patutnya kami ada beberapa sesi penggambaran yang perlu dihadiri, tapi sebab tak sihat macam ini terpaksalah tunda ke hari lain.

“Kesian kawan-kawan lain,” katanya.

Che Ta yang masih dalam keadaan lemah bagaimanapun berseloroh bahawa dia sudah tidak tahan untuk berada di hospital terlalu lama.

“Memang rimaslah duduk di hospital lama-lama. Rasanya dah 10 tahun saya tak masuk hospital.


“Kali terakhir masuk hospital waktu lahirkan Aaisyah… mana kami tak rimas.

“Kami dah cakap dengan doktor kami nak keluar hari ini. Tapi doktor cakap tak boleh dulu,” katanya.

Che Ta yang telah dua hari dimasukkan ke hospital kini masih lagi dalam pantauan pihak doktor.

#hospital #Ke #Che #Ta #Dimasukkan
;