Anggota kumpulan GOT7 iaitu Jackson, baru-baru ini jatuh pengsan ketika program bertemu peminat di Tokyo, Jepun.

Menurut laporan AllKpop, Jackson yang mengalami masalah kesihatan, pitam ketika sesi autograf dan bergambar bersama peminat.

"Jackson kelihatan pucat, tidak bermaya dan lebih banyak mendiamkan diri sepanjang program berlangsung.

"Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba telah rebah ketika sesi tandatangan dan fotografi bersama peminat.

"Jackson segera dikejarkan ke hospital terdekat untuk rawatan dan perkara tersebut telah menimbulkan kerisauan kepada para peminat yang hadir," kata sumber.

Pihak pengurusan JYP Entertainment telah mengesahkan perkara tersebut dan Jackson kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta memerlukan rehat yang cukup.