gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Brad Pitt Kongsi Pengalaman Sertai Alcoholics Anonymous Lepas Cerai
HIBURAN
Yuna Rahim 'Anxiety' Kembali Masuk Set Selepas Dua Tahun Rehat - “Saya Kena Elak Minum…”
HIBURAN
Ops Luxury: Lesen Mati, Porsche Selebriti Wanita Antara 101 Kenderaan Mewah Disita
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Alami Pendarahan Berpanjangan, Rupanya Lintah ‘Hidup’ Dalam Hidung

Gempak
Gempak
11/04/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Alami Pendarahan Berpanjangan, Rupanya Lintah ‘Hidup’ Dalam Hidung

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan hidung berpanjangan selama empat hari, dipercayai akibat seekor lintah yang bersarang dalam hidungnya.

Menurut laporan media Thairath, kejadian tersebut berlaku di Wilayah Chiang Mai, Thailand pada malam Sabtu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak tersebut membasuh muka di sebuah anak sungai.

Mangsa kemudian dipindahkan dari Hospital Omkoi ke Hospital Nakornping bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami pendarahan yang tidak berhenti dari lubang hidung kanan.

Pemeriksaan menggunakan endoskopi hidung mendapati terdapat seekor lintah yang melekat dengan kuat di dalam rongga hidung sebelah kanan mangsa.

Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Chaiyawat Songsompanyakun berkata, beliau menggunakan alat penyedut khas untuk mengeluarkan lintah tersebut dengan selamat.

“Selepas pembedahan kecil, mangsa diberikan ubat antibiotik dan dibenarkan pulang. Tiada simptom baharu dilaporkan selepas rawatan,” jelasnya.

Menurut Dr Chaiyawat, lintah dan makhluk kecil lain boleh memasuki tubuh manusia melalui bukaan seperti hidung, telinga, kemaluan atau saluran kencing, terutamanya di kawasan luar bandar di mana penduduk sering mandi atau mencuci diri menggunakan air yang tidak dirawat seperti sungai, kolam, dan air terjun.

“Biasanya, lintah ini tidak disedari sehingga mangsa mula mengalami simptom seperti pendarahan, hidung tersumbat, bersin atau rasa geli dalam hidung,” tambah beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa proses pengeluaran lintah perlu dilakukan oleh pakar perubatan bagi mengelakkan pendarahan serius sekiranya ditarik secara tidak betul.

Kebiasaannya, doktor akan menggunakan bius setempat atau pelincir untuk memudahkan proses pengeluaran lintah, diikuti dengan rawatan susulan seperti antibiotik atau ubat untuk menghentikan pendarahan.

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Haiwan
#Hidung Berdarah
#Lintah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement