Alami Sakit Tekak Sejak Dua Bulan Lalu, Ara Johari Terpaksa Jumpa 4 Doktor Untuk Rawatan
Izwan Isa
24/09/2022 08:50 MYT
24/09/2022 08:50 MYT
Penyanyi Ara Johari mendedahkan masalah sakit tekak kronik yang dialaminya sejak dua bulan lalu masih lagi belum pulih.
Bahkan, dia terpaksa meneruskan persembahan istimewanya, A Night With Ara Johari yang berlangsung baru-baru ini dalam keadaan tekak yang tidak selesa.
“Sebenarnya, tekak saya ni sakit dah lama… sejak dua bulan lalu. Asalnya demam sahaja. Tapi sakit, gatal tekak dan batuk masih tak baik-baik.
“Sebelum ini pun saya pernah diserang sakit tekak yang teruk sehingga hingga nyaris hilang suara. Jadi, saya bimbanglah ia berulang kembali sebab sebagai penyanyi, kita kan bergantung pada suara,” katanya kepada Gempak.
Penyanyi lagu Bunga itu berkata, pelbagai jenis petua telah diamalkan bagi membantu memulihkan suaranya, termasuk bertemu dengan pakar perubatan.
“Banyak petua yang saya dah cuba selain menjaga makan dan minum. Kemudian, saya pun ada bertemu dengan empat doktor berlainan untuk cuba memulihkan masalah tekak ini, Namun, masih tidak berhasil. Tapi saya lega sebab doktor kata masalah ni tak perlukan saya lalui proses pembedahan.
“Apa yang saya boleh buat adalah banyakkan berehat dan terpaksa menolak tawaran lain untuk memastikan saya benar-benar fit untuk melangsungkan showcase pertama saya ini,” katanya lagi.
Sungguhpun mengalami masalah sakit tekak, namun, Ara berjaya memukau lebih 200 peminat menerusi showcase berkenaan.
“Saya nak ucapkan ribuan terima kaish kepada pasukan Rocketfuel yang banyak membantu saya untuk realisasikan showcase ini.
“Sungguhpun key terpaksa diturunkan sebanyak setengah, namun, penonton dan peminat tetap memberikan sambutan di luar jangkaan.
“Memang ada juga rasa gatal tekak masa buat persembahan, namun masih terkawal. Agak mencabar, tapi saya bersyukur segala-galanya berjalan lancar,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!