HIBURAN
Alami Tekanan Darah Rendah, Amira Othman Dapat Bunga Kedua Daripada Fattah Amin - “Abang Long Korang Sweet Sangat”
Penyanyi Amira Othman memaklumkan dia kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat mengalami masalah tekanan darah rendah.
Tekanan darah rendah
Menerusi perkongsian di Instastory, Amira memohon maaf tak dapat menjawab mesej dan panggilan buat masa ini disebabkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman Dapat Bunga, Netizen Pula Sibuk Selidik Maksud Simbolik - “Tulip Pelbagai Warna Adalah Simbol…’
ARTIKEL BERKAITAN: Hadiahkan Sejambak Bunga, Netizen Gembira Fattah Upload Foto Amira Othman Di IG, Siap Usik - “Kenapa Kawan Sekerja Saya Tak Pernah Pun Post Macam Ni”
“Phone penuh dengan call dan mesej. Ada masa saya tak boleh tengok phone sebab pening yang sangat dasyat mungkin sebab darah hari-hari rendah.
“Tadi pagi-pagi 67/40. Jadi, saya minta maaf semua kalau saya tak angkat call, sedang berjuang dengan sakit kepala ini.
“Terima kasih di atas doa yang baik-baik. Semoga kita sihat dan dilindungi selalu,” kongsi Amira.
Jambangan bunga lagi
Namun apa yang menarik perhatiannya lagi, Amira berkongsi jambangan bunga yang diberi oleh pelakon Fattah Amin buat kali kedua.
Menurut penyanyi berusia 31 tahun ini, Fattah yang dikenali peminat dengan panggilan ‘Abang Long’ seorang lelaki yang romantis.
“Terima kasih Abang Long. Abang Long korang sweet sangat. Lain hari lain bunga katanya,” ujarnya.
Sebelum ini, Fattah ada memuat naik foto Amira di Instagram memperlihatkan penyanyi itu terlantar di wad sebuah hospital dengan memegang sejambang bunga tulip pemberiannya.