Berita
Alami Tekanan Darah Tinggi, Punca Mawi Ditahan Di Hospital
Penyanyi, Asmawi Ani atau Mawi telah dimasukkan ke Hospital sejak malam semalam selepas mengalami tekanan darah tinggi.
Menurut laporan Kosmo!, Mawi menjelaskan dia hanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin dan ditahan oleh doktor selepas tekanan darah tingginya meningkat.
“Saya ke hospital untuk pemeriksaan rutin, tidak sangka tekanan darah mencanak sampai 200 lalu doktor nasihatkan saya berehat dalam wad untuk pemantauan.
“Saya agak terkejut juga tetapi Insya-Allah, keadaan sudah bertambah baik. Doakan ya,” katanya.
Tambah penyampai radio Zayyan itu lagi, dia mungkin akan berada di dalam wad untuk beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar.
Mawi juga juga tidak pasti apakah punca tekanan darahnya naik kerana keadaan dirinya baik-baik sahaja sebelum ke hospital.
Sumber: Kosmo!