Hiburan

Alasan Anak Bongsu Shah Rukh Khan Tidak Menyukai Kajol

gempak
Ahmad Shah
12/11/2015
03:14 MYT
Sponsor Banner
Alasan Anak Bongsu Shah Rukh Khan Tidak Menyukai Kajol
Aktor Shah Rukh Khan mendedahkan anak bongsunya, AbRam Khan tidak suka sekiranya dia bergandingan dengan Kajol.
Semua bermula selepas AbRam Khan yang kini berusia dua tahun terkejut melihat kecederaan dan kesan lebam yang dialami bapanya sewaktu menghadiri majlis pelancaran trailer filem Dilwale baru-baru ini.
AbRam tanpa berselindung menyalahkan Kajol kerana mengakibatkan bapanya mempunyai kesan lebam di beberapa bahagian badannya.
“AbRam percaya kesan kecederaan dan lebam yang saya alami disebabkan oleh Kajol. Dia memandang ke arah Kajol dan mengaku tidak menyukainya,” jelas Shah Rukh Khan.
Walau bagaimanapun Shah Rukh Khan menganggap kejadian tersebut sesuatu yang melucukan kerana AbRam terlalu mentah untuk memahami bahawanya ianya sekadar lakonan.
Isnin lalu Dilwale yang bakal ditayangkan pada 18 Disember ini mencipta sejarah tersendiri selepas trailer filem tersebut mencatatkan tontotan lebih sejuta tidak sampai 24 jam ianya dimuat naik ke laman YouTube.
Teks Oleh: Khalid Rahman
Sumber: India Today, Miss Malini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024