Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alasan Hilary Duff Dedah Wajah Anak Seminggu Selepas Melahirkan

Maliah Surip
02/04/2021 11:52 MYT
Hilary Duff selamat melahirkan anak keduanya, bayi perempuan hasil perkahwinan bersama Matthew Koma pada tahun 2019 lalu.

Diberi nama Mae James Blair, bayi tersebut sebenarnya selamat dilahirkan pada 24 Mac 2021. Namun, Duff tidak mengumumkan khabar bahagia itu sejurus melahirkan.

Penyanyi berusia 33 tahun ini hanya mendedahkan dirinya selamat melahirkan Blair pada 27 Mac lalu, iaitu satu minggu selepas anak keduanya itu melihat dunia.

Kepada pengikut di Instagramnya, Duff memperkenalkan Blair dalam sekeping foto hitam putih dengan si kecil yang dibaluti selimut memandang tepat ke arah kamera.

Dia kemudian memberi alasan mengapa hanya selepas seminggu baru memperkenalkan Blair kepada semua.

"Kebanyakan orang akan memberitahu berita gembira dan memperkenalkan anda (anak) kepada semua pada hari pertama.

"Tapi kamu anak yang ketiga Mae Mae. Jadi hari ketujuh baru kamu diperkenalkan. Selamat menikmati dunia si kecil. Kami sangat menyayangi kamu," tulis mantan bintang Disney Channel ini seperti dilaporkan ENews.



Dalam foto yang sama, Duff mendedahkan nama dan tarikh lahir Blair dengan mesej berbunyi: "Kami mencintai kamu, cantik".

Terdahulu pasangan ini telah dikurniakan seorang anak, Banks yang dilahirkan pada tahun 2018. Duff juga mempunyai seorang anak lelaki, Luca, yang kini berusia 9 tahun hasil perkahwinan bersama bekas suaminya, Mike Comrie.

Instagram: @hilaryduff



#Anak #Hollywood #Hillary Duff #Matthew Koma #Mae James Blair
;