Alec Baldwin Zahir Kesedihan Selepas Tertembak Mati Kru Penggambaran Filem
Maliah Surip
23/10/2021 07:50 MYT
23/10/2021 07:50 MYT
Dunia Hollywood semalam dikejutkan dengan tragedi aktor Alec Baldwin yang tertembak mati seorang kru penggambaran di set filem terbaharunya, Rust.
Halyna Hutchins, 42, yang merupakan seorang pengarah fotografi bagi filem tersebut disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico.
Selepas berita tersebut dilaporkan, Baldwin buat pertama kali memberi kenyataan terhadap tragedi yang terjadi.
Aktor berusia 63 tahun itu melahirkan kesedihan terhadap tragedi yang meragut nyawa Hutchins.
“Tiada perkataan yang dapat saya ungkapkan. Saya sangat terkejut dan berdukacita terhadap tragedi yang telah mengambil nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan rakan sekerja yang amat dikagumi,” ujar Baldwin menerusi akaun Twitternya.
Sementara itu, CNN melaporkan Baldwin yang telah dirakamkan kenyataan sebaik insiden tembakan itu terjadi berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
“Saya akan memberi kerjasama terbaik kepada pihak polis demi memastikan siasatan terhadap kes ini. Hati saya sangat luluh mengenangkan suami, anak dan semua yang mengenali Halyna,” katanya lagi.
Dalam tragedi yang berlaku di set penggambaran di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat pada Khamis lalu itu, Baldwin dilaporkan melepaskan tembakan dari pistol yang digunakan untuk filem tersebut.
Selain Halyna yang meninggal dunia, pengarah filem, Joel Souza, 42, juga cedera dalam insiden itu dan kini menerima rawatan di Hospital Christus St Vincent.
Menurut laporan media antarabangsa, senjata yang digunakan oleh aktor tesebut diberikan oleh seorang penolong pengarah dengan mengatakan ia selamat untuk digunakan.
Bagaimanapun, Baldwin secara tak sengaja telah melepaskan tembakan dan penolong pengarah tersebut mengaku tidak mengetahui jika senjata tersebut berisi peluru sebenar.
Kredit Foto: The Guardian