Jika filem Islamik sudah lama berkembang di Indonesia tapi rupanya genre muzik sedemikian pula sebenarnya baru saja bermula.

Perkara itu diakui kumpulan baru, Aleehya yang tampil memperkenalkan genre lagu ketuhanan tetapi dalam penyampaian secara hip hop.

Salah seorang anggota kumpulan ini, Ari berkata, lagu ketuhanan membawa fenomena baru di sana.

"Di awal kumpulan kami bermain muzik, kami juga tidak sangka 'content' selawat disukai.

"Sabyan juga pada masa itu tampil dengan lagu Habibal Qolbi 'meletup' di YouTube tapi lagu kami viral di Facebook dan Instagram," katanya kepada Astro Gempak.

?Promo Tour KL part 1 @aleehya #aleehya #aleehyashalawat #sholawateverywhere #jomselawat #maribersholawat #belovedprophet #belovedprophetaleehya

A post shared by ALEEHYA (@aleehya) on


Ujarnya, lagu berkonsepkan ketuhanan membawa gelombang baru kepada pendengar di Indonesia.

"Lagu ketuhanan makin berkembang dan diterima umum secara mainstream. Di sana program berkonsepkan Islam baru saja diterima padahal ia sudah lama bermula.

"Tahun 2018 boleh dikatakan sebagai tahun selawat kerana banyak sekali lagu selawat yang diterima pendengar," katanya.

Rakannya, Dian yang juga penyanyi rap kumpulan ini pula bersetuju genre lagu ketuhanan mempunyai tempat di pasaran sana tetapi tidak sebesar muzik pop.

"Lagu ketuhanan masih bergerak di beberapa komuniti. Artis besar yang biasa menyanyikan lagu keagamaan mudah diterima kerana mereka sudah lama muncul.

"Jarang sekali lagu-lagu ini masuk ke TV kecuali beberapa acara istimewa seperti Maulidur Rasul. Sukar untuk kami tembusi dibandingkan Opick," katanya.

Jelasnya, jarang muzik sedemikian dimainkan di kafe.

"Kami cuba segala macam teori yang tidak secara menjurus tapi universal. Bagaimanapun, ia masih agak sulit untuk diterima pendengar.

"Berbanding lagu selawat dalam bahasa Arab, ia lebih mudah diterima," katanya.

Bagi Danu selaku vokal utama, mengakui mereka juga menerima kecaman daripada netizen terhadap muzik yang disampaikan.

"Ada beberapa kecam tapi tidak dominasi. Ada kritikan seperti mengatakan muzik yang kami sampaikan adalah haram apabila selawat dilagukan.

"Namun, itu adalah perbezaan pendapat masing-masing. Tidak perlu untuk kami berdebat mahupun menjadikan ia sebagai masalah," katanya.

Aleehya yang ditubuhkan pada tahun 2017 membawa genre Hip Hop dan EDM tampil dengan lagu antaranya Apa Kabar Assalamualaikum, Syukur Alhamdulillah, Uccapkan Bismillah, Ya Ramadhan dan Insya Allah Umroh.

Teks oleh: Elrafaei Sapi