Hiburan

Aleena Hanya Menyusu Badan - Komen Harris Baba Terhadap Berat Badan Anaknya

gempak
Mya Amri
02/08/2017
00:07 MYT
Sponsor Banner
Aleena Hanya Menyusu Badan - Komen Harris Baba Terhadap Berat Badan Anaknya
Penyanyi Harris Baba akui sedar mengenai kebimbangan yang diluahkan oleh peminat terhadap berat badan anaknya yang mencecah 10kg pada usia lima bulan.
Bagaimanapun Harris memohon supaya peminat tidak usah gusar kerana anak kesayangannya, Aleena Ziya hanya diberikan susu badan sepenuhnya.
Harris mendedahkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya minggu lalu.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Aleena dan mendoakan bayi itu supaya membesar dengan baik. @afiena75: Berketoi-ketoi, cantik, comel sangat anak Harris Baba ni.
@kimfanie: Make sure jangan sampai obes pula Harris Baba. Love BomBom.
@genie_diena: Membesarlah kamu dengan sihat, bijak dan pandai. Comel sungguh!
BACA: USIA LIMA BULAN ANAK HARRIS BABA DAH BERAT 10KG, PEMINAT KOMEN - TEMBAMNYA MACAM BABY MICHELIN
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024