Hiburan
Al-Fatihah… Bekas Isteri Chef Wan Meninggal Dunia
Bekas isteri cef selebriti, Chef Wan, Hajah Norhayate Ayub meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Ampang.
Berita itu dimaklumkan oleh Chef Wan sendiri menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
“Dengan rasa dukacitanya saya ingin memberitahu bahawa bekas isteri saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang.
“Saya sedang melakukan persiapan untuk pengebumian esok dan akan memberitahu saudara-mara. Al-Fatihah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Serina memaklumkan ibu kesayangannya mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung.
“Assalamualaikum, Serina nak maklumkan ibu saya Hajah Norhayate Binti Ayub telah meninggal dunia hari ini di Hospital Ampang, kerana komplikasi buah pinggang dan jantung.
“Mohon keluarga,sahabat semua sedekahkan Al-Fatihah dan yasin kepada arwah Mama. Allahuakhbar,” tulisnya menerusi aplikasi WhatsApp.
Terdahulu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkahwin dengan Norhayate Ayub pada usia muda, namun bercerai kemudiannya.
Mereka dikurniakan dengan dua orang anak, Serina dan Muhammad Nazri atau Chef Riz.
Chef Wan sebelum ini pernah memaklumkan kaki bekas isterinya akan dipotong kerana kencing manis.