Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

"Al-Fatihah Buat  Ayah Tersayang” - Bapa Noryn Aziz Meninggal Dunia Akibat Kanser Tahap...

Hanafis Haris 02/12/2021 | 10:32 MYT

Bapa kepada penyanyi Noryn Aziz iaitu Allahyarham Abd Aziz Mohd Dali menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini.

Menurut Noryn, bapanya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Jelas Noryn, pemergian Allahyarham berpunca daripada penyakit kanser hati tahap empat yang dihidapinya sebelum ini.

“Dengan duka citanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn kembali ke Rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami di Shah Alam.

“Solat jenazah Insya-Allah berlangsung selepas Isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam,” katanya.

Tambahnya, jenazah Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budiman pada jam 9 malam ini.

“Al-Fatihah buat ayah tersayang,” katanya.

Dalam pada itu, berita duka itu turut dikongsi Noryn menerusi satu hantaran di Instagramnya.

#Kanser #NorynAziz #Tahap4