Berita

Al-Fatihah... Pengasas Cap Kipas Udang Meninggal Dunia

gempak
Mya Amri
13/05/2020
03:58 MYT
Sponsor Banner
Al-Fatihah... Pengasas Cap Kipas Udang Meninggal Dunia
Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi di kediamannya di Larkin Jaya, semalam.
Menurut cucunya Amiza Abdul Aziz, jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari.
"Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.
Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s yang menjadi pilihan ramai. Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024