HIBURAN
Alfiezumi Bakar Boxer Dipenuhi Darah, Syak Terkena Ilmu Pengasih - "Bila Tanya ChatGPT Jawapannya ..."
Penyanyi Alfiezumi berdepan situasi misteri apabila menemui pakaian dalamnya dalam keadaan berlumuran darah.
Jelas Alfie, dia terkejut apabila menyedari darah tersebut bukan sekadar kotoran biasa sebelum cuba mencari jawapan melalui aplikasi ChatGPT.
“Aku terjumpa boxer penuh dengan darah haid. Bila tanya ChatGPT, jawapannya memang ada kaitan dengan ilmu pengasih. Ya Allah, lindungilah aku dari perkara jijik ini,” tulisnya.
Menurut maklumat yang diperoleh ada versi ilmu pengasih hitam yang menggunakan darah haid disapu pada pakaian atau makanan dengan tujuan membuat seseorang jatuh cinta atau menjadi taksub.
Tidak berhenti di situ, Alfie juga menjelaskan bahawa perbuatan menyapu darah pada seluar dalam lebih berisiko berbanding pada pakaian luar.
Katanya, kesannya boleh menyebabkan gangguan menyeluruh terhadap jasad, fikiran, dan kehidupan seharian seseorang.
Dalam beberapa hantaran lain, Alfie dilihat membakar pakaian dalam tersebut sebagai langkah pencegahan.
“Banyak-banyak boxer, Calvin Klein jugak kau pilih,” katanya dengan nada kesal.
Reaksi warganet turut memenuhi ruangan mesej. Seorang pengikut menasihatinya agar memeriksa kemungkinan masalah kesihatan seperti buasir, namun Alfie menolak dengan mengatakan dia tidak mempunyai sebarang simptom dan sentiasa dalam keadaan sihat.
Walaupun pengalaman itu mencetuskan rasa ngeri, Alfie berharap perkongsiannya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak memandang ringan perkara-perkara pelik yang berlaku dalam kehidupan seharian.
“Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T,” tulisnya lagi.