Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Alha Alfa Puji Sikap Fatin Afeefa, Tak Banyak Songeh! - "Dia Tadah Je Muka, Tengok Phone Bila Perlu Je"

Amri Hassan
02/01/2023 12:40 MYT
Jurusolek selebriti yang menatarias wajah Fatin Afeefa ketika majlis pernikahannya baru-baru ini, Datuk Alha Alfa memuji peribadi pelakon tersebut.

Dedah Alha, sepanjang proses menyolek, Fatin tidak banyak songeh dan memberikan kepercayaan penuh kepadanya berkarya.

"Sampai-sampai je saya macam biasalah, tanya 'ada nak request look macam mana?'. Fatin kata 'tak ada, I tahu nak cantik je! I percayakan you'.

"Bagusnya Fatin ni, sandar kat kerusi, tengok phone pun bila perlu je, dia tadah je muka dan tak minta cermin ke apa.

"Bila dah siap, dia bangun dan tukar baju dan saya pakaikan tudung. Senyum-senyum tengok cermin, ucap terima kasih, terus gerak," kongsi Alha dalam sepotong video di Instagramnya.

Solekan Alha untuk majlis pernikahan Fatin pada 30 Disember lalu mendapat pujian ramai, malah ada yang turut memuji budi bahasa Fatin.

"Bagus Fatin ni, sungguhpun seksi, aku respek dia. Selalunya bila nak nikaj jenis yang free hair tak pakai tudung.

"Dia dah memang sedia cantik. Tak payah risau dah nak tengok cermin ke tak.

"Alha punya tangan ni tak tahulah, make up jadi. Ya Allah gifted betul. Pengantin jadi lain macam.

"Wow sekali pandang macam Karisma Kapoor!

"Cantik sangat. Berubah muka walaupun selalu make up," puji beberapa warganet.

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)


Sekitar November lalu, Fatin ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin.

Video tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon filem Tentang Bulan Itu sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya yang didakwa sorang jutawan.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Nikah #Gaya Hidup #Solekan #Make Up #Alha Alfa #Fatin Afeefa
;