Hiburan

"Alha Lahir Tak Cukup Bulan, Doktor Decide Nak Buang Alha"- Alha Alfa Kongsi Kisahnya, Bayi Pra Matang

gempak
Zulaikha Yusof
13/05/2019
03:22 MYT
Sponsor Banner
"Alha Lahir Tak Cukup Bulan, Doktor Decide Nak Buang Alha"- Alha Alfa Kongsi Kisahnya, Bayi Pra Matang
Sempena hari ibu pengasas kosmetik Alha Alfa, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil mendedahkan seorang kakaknya meninggal dunia ketika masih di dalam perut ibunya.
Alha berkata besar pengorbanan ibunya kerana melalui pelbagai dugaan ketika hamil.
"Selamat hari ibu bu.. tiada pengganti sebaikmu. Syukur ya allah dianugerahkan ibu terhebat ini.
"Nak dengar citer tak? Hehehe alha sepatutnya anak ke-3..bukan ke-2..
"Tapi arwah kakak meninggal dalam perut tak sempat keluar.
"Ibu memang jenis susah nak melahirkan jenis tumpah darah teruk dll..
"Ibu pernah cerita benda ni dan alha bersyukur dan ingat sampai bila-bila," tulisnya.
Tambah Alha dia mengimbas kembali memori dirinya dilahirkan sebagai bayi pra-matang.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Tambah Alha, ketika itu doktor beranggapan Alha akan berpenyakit atau cacat jika meneruskan hidup.
"Alha lahir tak cukup bulan..7 bulan dah keluar. Doktor tak bagi alha teruskan hidup.
"Doktor cakap kalau alha hidup, alha akan berpenyakit atau cacat.. So doktor decide nak buang alha.
"Tapi ibu cakap ibu merayu kat doktor nak juga. Takpe kalau cacat pun takpe ibu amik risiko..
"Sebab kakak atas alha dah meninggal lemas dalam perut so takpelah kalau alha cacat pun yang penting bernyawa.
"Ibu cakap alha besar tapak tangan je warna maroon gelap (nasib baik warna maroon tu tak sampai besar) hahaha.
"Alhamdulillah syukur atas nikmat mu yaallah, alha akan jaga ibu sampai hujung nyawa alha, inshaAllah.
"Terima kasih bu selamatkan balim. Love you sampai jannah..
"YaAllah kau berikan kekuatan, kesihatan, kebahagiaan kepada ibu. Kalau sakitnya pulangkan ke aku berikan yang gembira-gembira je pada beliau. Amin," tulisnya lagi.
Sekadar info, Alha Alfa merupakan antara nama jurumekap artis yang dikenali di kalangan industri seni tanah air.
Selamat hari ibu bu..??? tiada pengganti sebaikmu..syukur ya allah dianugerahkan ibu terhebat ini~ nak dengar citer tak? Hehehe alha sepatutnya anak ke-3..bukan ke-2..tapi arwah kakak meninggal dlm perut xsempat keluar..ibu mmg jenis susah nak melahirkan..jenis tumpah darah teruk dll..ibu penah cerita benda ni..n alha bersyukur n igt smpi bila2..alha lahir xcukup bulan..7bln dah keluar..doc xbagi alha teruskn hidup..doc cakp kalau alha hidup, alha akan berpenyakit atau cacat..so doc decide nk buang alha..tapi ibu cakap ibu merayu kat doc nak jugak..xpe kalau cacat pun xpe ibu amik risiko..sbb kakak atas alha dah meninggal lemas dalam perut..so xpelah kalau alha cacat pun yg penting bernyawa..? ibu cakap alha besar tapak tangan je..warna maroon gelap (nasib baik warna maroon tu xsmpai besar) hhahahah..alhamdulillah syukur atas nikmat mu ya allah,alha akan jaga ibu smpi hujung nyawa alha..insha allah~terima kasih bu..sbb selamatkan balim ?? love u smpi jannah..ya allah kau berikan kekuatan..kesihatan..kebahagiaan kepada ibu..kalau sakitnya pulangkan ke aku..berikan yg gembira2 je pada beliau~ aminnnn ??? #nyawa
A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live