Bintang Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), Ziha Salleh mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua.

Berita gembira itu disampaikan Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh menerusi akaun Instagram miliknya.

Ziha yang juga pelakon Dee The Series itu turut meminta agar semua mendoakan bayi dalam kandungannya sentiasa sihat.

“Cakkk! Bagi mummy bergambar dengan baby bump mummy kejap. Alhamdulillah Hizqeel dah nak ada adik dah lepas ni.

“Memang mummy kene hadap lah Hizqeel punya mengarok 3 kali ganda nauzubillah.

“Mummy tak nak minta banyak lah. Mummy minta doakan yang baik2 untuk baby dalam kadungan ni sentiasa sihat,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bersama anak lelakinya Hizqeel, 2, dengan menampakkan ‘baby bump’.

Difhamkan kini Ziha sedang bercuti bersama keluarganya di Phuket, Thailand.

Ziha mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada 8 Oktober 2016.

Cakkk ?? bagi mummy bergambar dengan baby bump mummy kejap. Alhamdulillah Hizqeel dah nak ada adik dah lepas ni. Memang mummy kene hadap lah Hizqeel punya mengarok 3 kali ganda nauzubillah??‍♀️ . . Mummy tak nak minta banyak lah. Mummy minta doakan yang baik2 untuk baby dalam kadungan ni sentiasa sihat?

A post shared by Z I H A S A L L E H (@zihasalleh) on