Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Alhamdulilah, Masih Ada Insan Yang Jujur...”- Tauke Jambu Tak Sangka Gelang Emas Isteri Dipulangkan

Syafiqah Jalal
26/03/2019 05:27 MYT
Pelawak Tauke Jambu bersyukur kerana masih ada insan yang jujur dan bertanggungjawab memulangkan gelang emas isterinya, Nadia yang tercicir.

Tauke tidak menyangka orang tersebut telah menghubunginya untuk memulangkan gelang emas yang tercicir di sebuah kelab golf.

“Alhamdulilah, masih ada insan yang jujur macam mereka ni terima kasih jumpa gelang emas dan pulangkan balik,” tulisnya.

Tauke berkongsi perkara tersebuf di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Tauke turut mendedhkan perbualannya di ‘direct message’ IG dengan pihak yang menjumpai gelang tersebut dan mahu memulangkannya.


Rata-rata pengikutnya turut memuji kejujuran insan tersebut.

Tauke mendirikan rumah tangga dengan Nadia pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina yang lahir pada 26 Oktober tahun lalu.
#Pelawak #Instagram #Tauke Jambu #Isteri