“Alhamdulilah, Pertemuan Yang Indah Dua Beranak”- Elly Mazlein

Syafiqah Jalal
Jun 26, 2018 05:33 MYT
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein bersyukur akhirnya bekas suaminya, Azmi Hatta dan isteri, Faye Kusairi datang menziarahinya dan anak sempena Syawal ini.
Elly menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu pertemuan Azmi dan anaknya, Putri Sara Sefhia, 2, sesuatu yang sangat indah.
Malah mereka kini sudah berdamai dan berubah ke arah kebaikan demi kebahagiaan anak.
"Alhamdulillah pertemuan yang indah dua beranak , Sefhia dan daddy @azmi_hata. Terima kasih daddy @azmi_hata & mommy @fayekusairi.
"Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Semoga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang. Selamat hari raya,"tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Elly turut memuat naik swafotonya bersama anak yang tersenyum.
Foto: IG Elly Mazlein.
#Elly Mazlein #Anak #Faye Kusairi #Azmi Hatta