Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Alhamdulilah Selepas 6 Jam Menahan Sakit…”- Salima AF4 Selamat Lahirkan Bayi Kedua

Syafiqah Jalal
13/08/2018 09:11 MYT
Bekas pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), Salima Habibi selamat melahirkan bayi keduanya pada Sabtu lalu.

Salima AF4 berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Salima bersyukur kerana selepas enam jam menahan sakit akhirnya puterinya selama dilahirkan secara normal tepat jam 3.20 pagi, Sabtu lalu.

“Alhamdulillah selepas enam jam menahan sakit nak bersalin... tepat jam 3.20 pagi pada 11 Ogos 2018, lahirlah seorang mujahidah kecil ini secara normal seberat 3.2 kg pada usia kandungan 37 minggu...,” tulisnya.

Salima memberitahu keadaannya dan bayi kini sihat, namun perlu berehat.

“Alhamdulillah saya sihat baby sihat, hanya perlukan rehat...terima kasih atas doa semua....” beritahunya.

Salima berkahwin sebagai isteri kedua kepada Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berusia tiga tahun.

Buah hati mommy.... syg rayyan kt adik die alhamdulillah...

A post shared by Salima (@salimahabibi) on

Foto: IG Salima Habibi

;