"Alhamdulilah Terima Kasih Yang..."- Post Gambar Genggam Tangan, Hafidz Roshdi Minta Doa Kebahagiaan Bersama Isteri
Syafiqah Jalal
20/02/2023 01:47 MYT
20/02/2023 01:47 MYT
Pelakon Hafidz Roshdi tampil memberi bayangan bahawa pergolakan rumah tangganya dengan isteri Nurul Shuhada kini sudah pulih.
Ia disokong lagi dengan gambar dirinya sedang menggenggam tangan seseorang yang dipercayai isterinya di kemas kini terbaharu di Instagram.
Menerusi kapsyen hantaran berkenaan, Hafidz bersyukur dengan status terkini hubungannya dengan isteri dan dalam masa berterima kasih kepada yang mendoakan rumah tangga mereka.
"Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga.
"Doakan hubungan kami kekal hingga ke Syurga Firdausi," tulisnya.
Bapa kepada dua orang anak itu turut memuat naik lagu Selamat Pengantin Baru yang dipopularkan oleh Anita Sarawak sebagai muzik latar.
Lalu, kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikut laman sosialnya yang rata- rata memberi pelbagai reaksi.
Selain turut dipuji, rata-rata seperti ragu-ragu dengan apa yang cuba Hafidz lakukan itu.
"Dah kantoi baru nak pegang tangan isteri," komen salah seorang pengikutnya.
"Tapi tetap luka di hati isteri berdarah," kata salah seorang warga maya.
"Gambar baru ke ni? Atau throwback," tanya salah seorang netizen tentang kesahihannya.
Bagaimana pun, Hafidz tidak membalas sebarang komen-komen berkenaan dan biar ia tinggal menjadi teka teki.
Semalam, orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, Athirah Yuhada tampil memohon maaf secara terbuka di IG dan akui kesilapannya.
Isteri Hafidz juga dalam media sosial tampil menbalas kenyataan Athirah dengan menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.
Pergolakan rumah tangga Hafidz bermula apabila isterinya tampil mendedahkan suaminya berlaku curang dengan wanita yang dikenali, sejak itu ruangan komen Hafidz tidak henti diserang netizen.
Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul pada 30 April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 9 September.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.