“Alhamdulilah Tiada Yang Serius, Tapi…”- Anak Lan Solo Jatuh, Dahi Koyak

Syafiqah Jalal
Ogos 9, 2018 08:42 MYT
Penyanyi Lan Solo lega apabila anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, berada di dalam keadaan baik selepas jatuh dan cedera di dahi.
Lan memberitahu ketika kejadian dia dan isteri, Nur Sheila Hassim panik dan segera membawa anaknya yang jatuh itu ke hospital kecemasan.
Walau bagaimanapun, anaknya disahkan tidak mengalami kecederaan serius.
“Alhamdulilah tiada yang terlalu serius, tetapi sebagai ibu bapa kerisau tahap gaban itu adalah lumrah,” tulisnya di akan Instagram (IG) miliknya.
Menurut Lan bertambah risau adalah ia kejadian kali kedua anaknya jatuh dan cedera di kepala.
“Tambahan pula, ni koyak kali kedua. Risau tempat yang sama dan sebelum ini sudah koyak dengan tujuh jahitan,” luahnya lagi.
Selain Akid, Lan dikurniakan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Nur Aman Quxandra berusia 6 bulan.
Foto: IG Lan Solo
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Anak #Sakit #Kemalangan #Artis #Lan Kristal #Sakit #Lan Solo