"Alhamdulillah, 2019 Akan Bertambah Ahli Keluarga Kami" - Isteri Angah Raja Lawak Hamil

Rozaimi Zubaidi
Oktober 15, 2018 05:13 MYT
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak akui isterinya, Amira Asyura Abd Razak, 23, kini sedang hamil lima bulan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Angah berkongsi berita gembira itu berserta dengan gambar imbasan ultrasound.
"Assalamualaikum, Morning guys! First sekali ngah nak lahirkan rasa syukur yang teramat kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki yang tak terduga dariNya.
"Selain nak share harini @kualiangah dah start ‘Open Order’ ada berita yang lebih menggembirakan kami sekeluarga! Insyallah dengan izin dan rahmatNya maka 2019 akan bertambah ahli keluarga kami, wife saya dah 5 bulan pregnant!
"Kakak @nurrinafassha nak dapat adik Syukur Ya Allah!! Ngah mengharapakan doa yang baik-baik untuk perjalanan baru kami sekeluarga dari anda semua,
"Insyallah Allah SWT jua yang akan balas yang terbaik untuk anda semua," tulisnya.
Rata-rata mengucapkan tahniah pada Angah dan berharap isterinya serta bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu.
Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
#Pelawak #Hamil #Hamil #Isteri #Angah Raja Lawak