Pelakon Faye Kusairi bersyukur kerana adik dan saudaranya tidak berada di kawasan kejadian letupan yang berlaku di hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor pada jam 1.28 pagi tadi.

Menurut Faye, adik dan saudaranya bekerja di situ namun nasib menyebelahi mereka kerana tidak bertugas pada waktu kejadian.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.

"Alhamdulillah adik dan saya saudara saya selamat, mereka tidak berada di site.

"Syukur alhamdulillah, saya harap ahli keluarga kenalan yang lain yang bekerja di Pengerang, Johor turut selamat.

"Teringat dahulu peristiwa SMDS Bintulu, my dad was working that night, tapi alhamdulillah dia selamat, agak traumatik apabila keadaan macam ini berlaku," tulisnya.

Dalam pada itu, Faye turut mendoakan keselamatan ahli keluarga orang ramai yang turut bekerja di kawasan letupan itu.

"Buat keluarga lain yang ada anak, suami, saudara atau mana-mana pihak yang bekerja disana, saya doakan keselamatan masing-masing, semoga Allah melindungi mereka yang mencari rezeki di sana," tulisnya mengakhiri kapsyen.

Alhamdulillah adik dan saudara saya selamat. Mereka tidak berada di site. ???? Syukur alhamdulillah. Saya harap ahli keluarga kenalan yg lain yg bekerja di Pengerang Johor turut selamat. This is shocking to hear. Teringat dulu peristiwa SMDS Bintulu. My dad was working that night at BCOT just next to the plant. Plus my dad’s responsibility was to get everyone safe, so agak lambat dapat tahu keadaan dia. Tapi alhamdulillah.. dia selamat. Agak traumatic bila keadaan macam ni berlaku. Buat keluarga lain yg ada anak atau suami atau saudara atau mana2 pihak yg bekerja disana. Saya doakan keselamatan masing2. Semoga Allah lindungi mereka yg mencari rezeki disana... ????

A post shared by Faye Kusairi Official (@fayekusairi) on


Difahamkan kilang tersebut ialah salah satu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).