"Alhamdulillah Allah Beri Saya Peluang Dapat Zuriat Kali Ke-3" - Azrinaz Umum Kehamilan!
"Alhamdulillah Allah Beri Saya Peluang Dapat Zuriat Kali Ke-3" - Azrinaz Umum Kehamilan!
Hanafis Haris
Sat Jun 08 2019
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi berita gembira apabila mengumumkan kehamilannya yang telah melepasi trimester kedua.
Azrina mengumumkan berita tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman instagramnya.
Menurut Azrinaz, dia bersyukur Allah SWT memberikannya peluang untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.
"Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telah pun melepasi trimester ke-2.
"Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden," katanya.
Menjelaskan situasinya ketika ini, Azrinaz mengakui berbadan dua pada usianya kini bukan laluan mudah jika dibandingkan 11 tahun lalu.
"Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi," katanya.
Untuk pengetahuan anda, Azrinaz bernikah dengan suaminya Fairos Khan Abdul Hamid dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz pada 1 Mei tahun lalu.