Alhamdulillah... Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Nabil Mahir
Mya Amri
01/01/2021 08:17 MYT
01/01/2021 08:17 MYT
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29, selamat bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, kira-kira jam 3.28 petang tadi.
Majlis akad nikah itu berlangsung di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri.
Majlis yang dilangsungkan secara sederhana mengikut rutin normal baharu, hanya dihadiri ahli keluarga dan tetamu terdekat kedua belah pihak.
Pada majlis itu, Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.
Namun begitu, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Ayda ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan sempurna seperti dirancang.
“Alhamdulillah, walaupun kini kita berada di dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
“Di sebalik pandemik COVID-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” katanya.
Menurut Ayda, dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.
“Ini adalah perkara baharu dalam hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh.
“Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insya-Allah,” katanya yang tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini.
Terdahulu, Nabil melamar penyanyi itu di hari ulang tahun kelahiran Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Pasangan selebriti ini mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sumber: Xtra.com.my