Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Alhamdulillah, Baby Danial Masih Bertahan” – Abby Abadi Kongsi Perkembangan Anak

Fiza Kamarudin 07/11/2019 | 09:30 MYT
Pelakon Abby Abadi mengucapkan rasa syukur melihat perkembangan bayinya Muhammad Danial Firman selepas 41 hari berada di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Abby menerusi muat naik di laman sosial Instagram (IG)nya memberitahu, Danial masih berada di dalam inkubator dan bernafas menggunakan bantuan mesin.
Abby berkata, keadaan bayi berusia 29 minggu itu agak berbeza kerana sudah mula menyusu setiap dua jam dan berat badan juga sudah semakin bertambah.
“Alhamdullillah, Baby Danial masih bertahan. Masih bernafas mengunakan bantuan mesin, masih dalam inkubator.
“Yang berbeza, dia dah minum susu mama 10cc setiap dua jam dan berat badan dia dah hampir 800 gram. Syukur,” katanya.
Bagaimanapun kata Abby, dia tidak dapat bercerita panjang dan akan berkongsi foto Danial selepas dia dipindahkan ke wad biasa.
“Tak dapat nak cerita banyak. Tunggu dah dapat wad bersama nanti saya kongsi gambar ya,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain Abby berkata Danial keadaan Danial dikira stabil apabila mencapai 35 minggu dan memohon agar semua dapat mendoakan anaknya terus kuat.
“Setakat hari ni usianya dah 41 hari. Kalau dikira betul-betul, Baby Danial saya lahir 23minggu, sekarang dia baru 29 minggu. Nak sampaikan 35 minggu, sekurang-kurangnya baru dikira stabil.
“Doakan Baby D saya terus gagah. Doakan juga untuk semua anak-anak pra-matang yang lain agar terus kuat dan sihat serta dapat berkumpul dengan ahli keluarga masing-masing suatu hari nanti,” ujarnya.
Abby melahirkan Danial pada 27 September lalu di Hospital Sungai Buloh secara pembedahan selepas mengalami tanda-tanda untuk bersalin.
Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi dan ibu. Bayi pra-matang tersebut dilahirkan hanya seberat 535 gram sahaja.

Lama tak tulis pasal Baby Muhammad Danial Firman Faizal kita kan? . Alhamdullillah. Baby Danial masih bertahan. Masih bernafas mengunakan bantuan machine. Masih dalam inkubator . Yg berbeza, dia dah minum susu Mama 10cc setiap 2jam & berat badan dia dah hampir 800 gram. Syukur? . Pastu tiap2 hari sembang dgn dia, pandang dia lama2, ternampak2 dia mcm senyum2 kat kita ☺️ . Tak dapat nk cerita banyak. Tunggu dah dpt room in bersama nanti baru Sy share gambar ye ? . Setakat hari ni usianya dah 41hari. Kalau dikira betul2, Baby Danial Sy lahir 23minggu.. skrg dia 29minggu baru. Nak sampaikan 35minggu atleast baru dikira stabil. Doakan terus tau Baby D Sy terus gagah . Doakan juga utk semua anak2 prem yg lain agar terus kuat dan sihat & dpt berkumpul dgn ahli keluarga masing2 suatu hari nanti ? Ps: TQ sangat2 kak @suesalleh74 atas doanya. Semoga ALLAH makbulkan, Aminnnn ? @jaiezzany

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

#Anak #Abby Abadi
;