Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dipanggil Aishah menggunakan masa yang ada untuk menghasilkan face shield kepada petugas barisan hadapan.

Juara Gegar Vaganza musim keempat itu sememangnya kreatif dan sebelum ini selalu mengikuti kelas kraf untuk menambah ilmu.

Kali ini, dia mempergunakan masa dan wang sendiri untuk menyiapkan face shield pula dan penghasilan pertamanya sudah diguna pakai.

"Masyaallah besarnya hati (berbunga-bunga lagi) bila melihat orang memakai face shields buatan kita.

"Walaupun ini batch paling awal tanpa sticker tajuk lagu tapi menggunakan hologram sticker.Terima kasih @idealhealthcentre sudi memakai face shield kami," tulis Aishah.



Menurut Aishah masih banyak kekurangan pada keluaran awalnya namun dia berjanji akan terus memperhalusi pembuatannya.

"walaupun banyak kekurangan first batch ni, mohon maaf sangat.Insyaallah akan diperhalusi pembuatannya.

"Hari ni rasa pitam menenung benda alah tu. Alhamdulillah secara keseluruhannya sudah siap 500 keping. First shipment ni Insya-Allah akan ke Klinik Kesihatan Seremban, Senawang dan Rembau," tulis Aishah lagi.

Tambah Aishah, dia akan terus membuat face shield dan akan menghantar ke Perak pula kerana ada permintaan di sana.

"Doakan saya sihat ye supaya dapat teruskan khidmat saya yang tak seberapa ni untuk menyokong frontliners kita.

"Doakan kita cepat-cepat dapat menangani wabak ini. Dah rindu nak nyanyi Pulanglah ni. Stay safe, stay healthy, stay positive, STAY HOME!" pesan Aishah.

Day #34 - Masyaallah besarnya hati (berbunga2 lagi??)bila melihat orang memakai face shields buatan kita.Walaupun ini batch paling awal tanpa sticker tajuk lagu tapi menggunakan hologram sticker.Terima kasih @idealhealthcentre sudi memakai face shield kami,walaupun byk kekurangan first batch ni,mohon maaf sgt.Insyaallah akan diperhalusi pembuatannya.Hari ni rasa pitam menenung benda alah tu ???Alhamdulillah in total sudah settle 500pcs.First shipment ni insyaallah akan ke Klinik Kesihatan Seremban,Senawang dan Rembau.Selepas ni face shield I akan ke Perak pula,kerana ada permintaan di sana.Doakan I sihat ye supaya dpt teruskan khidmat I yg tak seberapa ni utk menyokong frontliners kita.Doakan kita cepat2 dpt menangani wabak ini...dah rindu nak nyanyi Pulanglah ni?????Stay safe stay healthy stay positive STAY HOME!!!! #sampaikanygbaik2 #AishahjmmC19thoughts

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Penyanyi bersuara merdu ini mendoakan agar keadaan akan pulih seperti sedia kala, dan akan terus membantu menghasilkan face shield untuk para barisan hadapan.