Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Alhamdulillah, Boleh Dikatakan Saya Bahagia” – Elly Mazlein Kahwin Tahun Depan

Mya Amri
24/06/2019 14:01 MYT
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein akui kini berada dalam fasa bahagia dan bakal menamatkan zaman solonya tahun depan.

Menurut Elly, dia berasa bersyukur dan tidak sabar menunggu hari bahagia tersebut.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan saya bahagia… Tak sabar nak tunggu hari tersebut tiba.

“Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik dan juga memahami.

“Malah anak saya juga rapat dengan dia… Jika tiada aral melintang kami bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020,” katanya.

Elly ditemui pada majlis sidang media program realiti Muzikal Lawak Superstar bertempat di Hard Rock Café pada Isnin.

Mengulas mengenai perkahwinan, Elly berkata dia tidak akan merahsiakan perkara itu dan akan berkongsi apabila tiba waktunya.

“Setakat ini saya belum boleh berkongsi lagi apa-apa butiran lanjut namun jangan risau, saya tidak akan merahsiakan detik bersejarah ini.

“Saya akan berkongsi dengan semua apabila tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Doa-doakan kamu ya,” ujarnya.

Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2.
#Elly Mazlein #Penyanyi #Penyanyi
;