Hiburan

“Alhamdulillah Dah Sepasang…” - Jep Sepahtu Timang Cahaya Mata Kedua!

gempak
Fiza Kamarudin
07/06/2020
06:29 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah Dah Sepasang…” - Jep Sepahtu Timang Cahaya Mata Kedua!
Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu berkongsi rasa syukur selepas isterinya Sariyanti selamat melahirkan anak kedua mereka.
Menerusi perkongsian Jep di media sosial Instagram (IG)nya bayi lelaki mereka dilahirkan pada Sabtu.
Di ruangan kapsyen Jep mengucapkan terima kasih kepada isterinya Sariyanti di atas kelahiran si comel mereka itu.
"Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita," tulisnya disertakan dengan emoticon hati dan peluk.
Sementara itu Jep menerusi mesej di aplikasi Whatsapp berkata, dia bersyukur isterinya dan bayi berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, dah sepasang…Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami, terutamanya isteri selama ini,” katanya kepada Gempak.
Menerusi tinjauan Gempak di IG Jep, posting tersebut sudah menerima lebih 177,000 tanda suka dengan 3,653 komen daripada peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah di atas kehadiran ahli keluarga baru Jep dan Sariyanti dan mendoakan pasangan Bahagia tersebut.
Turut meninggalkan komen, penyanyi dan pelakon Tomok yang merupakan rakan sepasukan Jep dalam kelab bola sepak Super Lawak FC.
Tomok juga baru menimang cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan pada 4 Jun yang lalu.
Jep dan Sariyanti mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Dariyana Inara kini sudahpun berusia 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live