Hiburan

"Alhamdulillah... Dapat Dah Jodoh..." - Erma Fatima Bertemu Pak Arab?

gempak
Badrul Hashim
19/02/2019
01:25 MYT
Sponsor Banner
"Alhamdulillah... Dapat Dah Jodoh..." - Erma Fatima Bertemu Pak Arab?
Mungkin ramai yang sudah tahu, Pelakon, Pengarah dan Usahawan terkenal Erma Fatima kini berada di Dubai.
Beliau ke sana dalam usaha untuk memperkenalkan produk makanan atas jenama Mak Cun FoodTec.
Pada satu entri di Instagramnya, Erma Fatima memuat naik gambar bersama seorang client berbangsa Arab.
"Alhamdulillah... Dapat dah jodoh. Jodoh suply food musim haji. bukan jodoh menikah... tu tak mainlah," tulis Erma sebagai caption gambar tersebut.
Gambar tersebut mendapat perhatian daripada adiknya, Datin Sri Umie Aida yang turut meninggalkan komennya.
"Alhamdulillah.. Bakal abang ipar ku Pak Arab.
"Ni satu-satunya calon yang ku terima dia jadi abang ipar ku," seloroh Umie lagi.
Di sebalik usikan Umie itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Erma kerana berjaya membawa jenama Mak Cun ke luar negara.
"Alhamdulillah, tahniah. Semoga terus kaya & berjaya," tulis @sitihajark
"Alhamdulillah Mak Cun. Rezeki Allah tak akan salah alamat," komen @mizz_leo3869
"Alhamdulillah Mak Cun. Tambah rezeki untuk anak-anak. Amiin,' doa @maziah.majid.
Erma Fatima yang memulakan jenama Mak Cun daripada sebuah drama kini telah menjadi satu jenama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni, tetapi juga meliputi bidang kulinari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024