Isteri kepada penyanyi rock Amy Search, Norhasniza Hassan atau dikenali sebagai qasander di laman Instagram telah selamat sampai di Madinah untuk menunaikan umrah.

Perkara itu dikongsi menerusi beberapa entri di akaun Intagram miliknya buat tatapan wargamaya.

Meskipun Amy tidak dapat menyertai, namun Hasniza tetap rasa bersyukur dan gembira kerana berpeluang menjejak kaki di sana.

"Alhamdulillah, kami selamat tiba di bumi Madina Al-Munawarah, terima kasih yang datang hantar di airport tadi, semoga kalian juga dijemput kesini, amin.

"Kami sepatutnya rancang satu keluarga datang, oleh kerana Qaqa dah banyak ponteng sekolah, jadi kami datang girls trip dahulu, mereka akan menyusul Disember nanti," tulisnya di ruangan kapsyen.

Alhamdullilah kami selamat tiba di bumi Madina Al- Munawarah, Terima Kasih yg dtg hantar di airport td semoga kalian jgk dijemput kesini aminnnn . - kami sepatutnya plan satu family dtg oleh krn Qaqa dh byk ponteng sekolah so kami dtg girls trip dulu inshaAllah mereka akan menyusul dec nnt . . gonna miss all of u ? @aku.amysearch

A post shared by NHH (@qasander) on


Dalam pada itu, Hasniza turut mengucapkan terima kasih kepada Amy kerana memberi keizinan kepadanya.

"Allah makes the impossible possible, Alhamdulillah dengan izin-Nya dan izin suamiku @aku.amysearch thank you sayang, wish you were here," tulisnya di entri berbeza.

Perkongsian Hasniza mendapat perhatian dari ramai pengikut yang mendoakan agar segala urusannya melakukan ibadah umrah dipermudahkan.

Allah makes the impossible possible .. Alhamdullilah dgn IzinNya dan Izin Suamiku @aku.amysearch thank you sayang ? wish you were here .

A post shared by NHH (@qasander) on


Sekadar info, Amy dan Hasniza mendirikan rumah tangga pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.