Laman Utama

“Alhamdulillah, Doktor Kata Bukan Strok…” - Oja Update Perkembangan Terkini Haeriyanto

gempak
Fiza Kamarudin
27/02/2022
06:57 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah, Doktor Kata Bukan Strok…” - Oja Update Perkembangan Terkini Haeriyanto
Penyanyi Oja memaklumkan abang iparnya, pelakon senior senior Haeriyanto Hassan yang dimasukkan ke Hospital Ampang, pada Jumaat.
Oja menerusi kemaskini terkini memaklumkan, Haeriyanto tidak mengalami strok tetapi lemah kerana disebabkan darah beku di sebelah kanan kepala.
“Keadaan dia sekarang,Alhamdulillah dia sedar dan boleh bercakap tapi tetapi tidak berapa jelas sebab disebabkan saraf.
“Doktor sahkan bukan strok, cuma dia ada bagitahu bahagian kepala terasa sangat sakit,” katanya.
Tambah Oja lagi, sehingga 6 petang semalam tekanan darah Haeriyanto agak tinggi menyebabkan pembedahan terpaksa ditangguhkan.
“Pembedahan ditangguhkan kerana tekanan darah tidak stabil dan kemungkinan tidak perlu menjalani pembedahan jika keadaan abang Yanto semakin baik.
“Tetapi darah masih ada. Apa-apa pun jangan berhenti berdoa buat abang Yanti. Mudah-mudahan darah beku tu hilang.
“Allah beri penyakit..Allah juga maha penyembuh segala macam penyakit...Jika ada yang sudi membaca Yassin, hadiahkan untuk dia supaya Allah kurangkan kesakitan dia,” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live