“Alhamdulillah, Dua-Dua Ujian Negatif” - Azmin Ali Bebas COVID-19

Azwa Rahman
Oktober 8, 2020 00:50 MYT
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan dirinya bebas virus COVID-19 setelah melakukan ujian saringan sebanyak dua kali.
Menerusi laman sosial Twitter, Ahli Parlimen Gombak menulis beberapa ciapan sekitar jam 6.10 petang semalam bagi mengumumkan berita baik itu untuk tatapan umum.

Banyak spekulasi mengenai status kesihatan saya. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya sekeluarga. pic.twitter.com/jWIyEityi3

— Mohamed Azmin Ali • ?? (@AzminAli) October 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya telah menjalani dua ujian COVID-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif.
“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian COVID-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” tulis beliau.
Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya.

Buat masa ini, saya tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari rumah. Saya mendoakan semoga seluruh rakyat Malaysia senantiasa dilindungi dari jangkitan COVID-19.

— Mohamed Azmin Ali • ?? (@AzminAli) October 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, beliau sempat berkongsi sekeping foto sedang bertugas sambil menjalani proses kuarantin di rumah.
Semalam, di laman sosial tular spekulasi tentang kesihatan Azmin yang didakwa positif COVID-19 selepas pulang berkempen Pilihanraya Negeri Sabah hujung September lalu.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 135 tanda suka daripada warga Twitter.
#Azmin Ali #Menteri #COVID-19