Berita
“Alhamdulillah, Dua-Dua Ujian Negatif” - Azmin Ali Bebas COVID-19
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan dirinya bebas virus COVID-19 setelah melakukan ujian saringan sebanyak dua kali.
Menerusi laman sosial Twitter, Ahli Parlimen Gombak menulis beberapa ciapan sekitar jam 6.10 petang semalam bagi mengumumkan berita baik itu untuk tatapan umum.
“Saya telah menjalani dua ujian COVID-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif.Banyak spekulasi mengenai status kesihatan saya. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya sekeluarga. pic.twitter.com/jWIyEityi3— Mohamed Azmin Ali • ?? (@AzminAli) October 7, 2020
“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian COVID-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” tulis beliau.
Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya.
Malah, beliau sempat berkongsi sekeping foto sedang bertugas sambil menjalani proses kuarantin di rumah.Buat masa ini, saya tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari rumah. Saya mendoakan semoga seluruh rakyat Malaysia senantiasa dilindungi dari jangkitan COVID-19.— Mohamed Azmin Ali • ?? (@AzminAli) October 7, 2020
Semalam, di laman sosial tular spekulasi tentang kesihatan Azmin yang didakwa positif COVID-19 selepas pulang berkempen Pilihanraya Negeri Sabah hujung September lalu.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 135 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video