Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Alhamdulillah Hamdee Kini Menjadi Anak Angkat Saya” - Hafiz Hamidun

Hanafis Haris
07/04/2022 03:00 MYT

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun meluahkan rasa syukurnya apabila kanak-kanak lelaki yang dijaganya hampir dua tahun kini sah bergelar anak angkatnya.

Berita gembira itu dikongsi Hafiz menerusi satu posting di Instagramnya.

Menurut Hafiz, dia bersyukur apabila segala urusan termasuk di Jabatan Pendaftaran Negara dipermudahkan.

“Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya.

“Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan, syukur,” katanya.

Tambah Hafiz, dia juga mahu mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan anak angkatnya Hamdee.

“Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti,” katanya.

Sekadar info, Hafiz pada dua tahun lalu mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Hamdee Hafiz yang berusia sebulan ketika itu.

Selepas hampir setahun bergelar seorang bapa, Hafiz sedia berkongsi perihal anaknya itu kepada umum ketika sidang media virtual pelancaran albumnya, Marhaba tahun lalu.

Menurut Hafiz, ketika itu ibu bapanya banyak membantu menjaga Hamdee dan pulang ke kampung berikutan situasi Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) dilaksanakan pada awal bulan ini.

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)


#Hafiz Hamidun #Hamdee #Hamdee Hafiz
;