Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Alhamdulillah Instagram Ni Dapat Semula Setelah Dihack…” – Isteri Abam Rindu Pelukan Kasih Sayang Arwah Suami

Fiza Kamarudin 26/05/2020 | 13:23 MYT
Isteri kepada Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengucapkan rasa syukur kerana berjaya mendapatkan semula Instagram arwah suaminya itu selepas digodam beberapa minggu lalu.
Nurhidayah turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantunya mendapatkan semula akaun media sosial tersebut.
Dalam pada itu Nurhidayah menitipkan ucapan hari raya kepada para pengikutnya disamping mengimbas kembali saat menyambut Aidilfitri bersama Abam ketika hamil anak sulung mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah Instagram ni dapat semula setelah di ack beberapa minggu lepas. Terima kasih kepada yang sudi membantu untuk dapatkan instagram ni semula.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya.
“Tapi tahun ni sekelip mata arwah pergi tinggalkan kami. Terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan bila di pagi raya pakaikan Hamzah baju raya, terasa pilu sekali,” tulisnya.
Lebih memilukan apabila Nurhidayah meluahkan rasa rindu terhadap arwah dan perasaan sedih kerana tidak dapat berhari raya bersama-sama anak mereka.
“Abang, Sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah.
“Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami dan hanya sekeping gambar nikah yang menjadi pengubat rindu Sayang dan Hamzah.
“Hanya Allah yang tau perasaan Sayang. Sayang doakan abang tenang di sana dan di tempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai ke syurga,” luahnya.
Di ruangan komen rata-rata pengikut mendoakan agar Nurhidayah terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Assalamualaikum, alhamdulillah instagram ni dapat semula setelah di hack beberapa minggu lepas. ? terima kasih kepada yang sudi membantu untuk dapatkan instagram ni semula. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin ❤️ Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya. Tapi tahun ni sekelip mata arwah pergi tinggalkan kami ? Terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan bila di pagi raya pakaikan Hamzah baju raya, terasa pilu sekali. Abang, sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami dan Hanya Sekeping Gambar Nikah Yang Menjadi Pengubat Rindu Sayang Dan Hamzah ? Hanya Allah yang tau perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang disana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..Kenangan sampai ke syurga Al-fatihah (di baca) suamiku Syed Umar Mokhtar ?❤️ #kitabaikramaisayang #abamdalamkenangan #syeduthmanhamzahaljuffrey #syedumarmokhtar #jangansebokhalorang #allahada #doayangbaikbaik

A post shared by ??SYED UTHMAN HAMZAH?? (@abam_bocik) on

#Aidilfitri #Isteri Abam #Nurhidayah Mohd Ali
;