BERITA

"Alhamdulillah, Isteri Saya Selamat Lahirkan Anak Keempat" - Fedtri Yahya Dapat Baby Boy!

Asraf Aided 07/01/2019 | 10:08 MYT
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya telah menyambut kelahiran cahaya mata keempat pada pagi semalam.
Berita gembira itu dikongsi Fedtri menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Fedtri, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal pada pukul 11.45 pagi semalam.
"Alhamdulillah, syukur, isteri saya telah selamat melahirkan anak keempat pada jam 11.45 pagi (semalam).
"Baby boy, bayi yang dilahirkan secara normal, Alhamdulillah, permulaan yang indah untuk 2019 ini," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Fedtri meminta netizen agar mendoakan urusan mereka sekeluarga agar dipermudahkan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menguapkan tahniah kepada Fedtri dan mendoakan kesejahteraan untuk keluarganya.
#Fedtri Yahya