“Alhamdulillah 'It's A Girl', Ada Harapan Lagi Untuk Anak Lelaki” – Azad Jazmin Syukur Isteri Selamat Bersalin

Mya Amri
Januari 2, 2018 08:05 MYT
Membuka tirai 2018 dengan khabar gembira, pelakon Azad Jazmin menyambut kelahiran anak ketiganya sebentar tadi.
Azad menerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG)nya sebentar tadi melahirkan rasa syukur kerana kedua isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.
“Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga. Azad ada tiga anak perempuan, YA anak perempuan. Alhamdulillah, terima kasih, syukur pada pada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, disebabkan ketiga-tiga anaknya adalah perempuan Azad memberitahu masih ada peluang untuk memiliki anak lelaki.
“Ini bermakna saya masih ada harapan lagi untun anak lelaki, terima kasih kepada peminat yang mendoakan. Nanti saya akan ‘update’ tentang anak dan juga isteri saya,” katanya ketawa.
Terdahulu, Eira baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 3 Januari lalu.
Dua orang cahaya mata mereka adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia 9 bulan.
Foto: Instagram @azadjazmin
#Bersalin #Eira Syazira #Azad Jazmin