Pelakon Oktovia Manrose mendedahkan yang dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu.
Menerusi kemas kini di Instagram, Oktovia berkata, dia tidak menyangka dikurniakan cahaya mata selepas 11 tahun melahirkan anak pertamanya.
“Anugerah terindah amanah daripada Allah SWT. Hadiah termahal buat saya dan suami. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Disember 2022 pukul 8.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang,” katanya.
Viral
“Alhamdulillah Kami Ada Sepasang” - Oktovia Sambut Kelahiran Anak Kedua